Eva (kumpulan)

Eva ialah sebuah kumpulan muzik pop wanita Malaysia.[1] Kumpulan ini telah meraih kejayaan komersial dalam tempoh singkat pada era 1990-an dan terkenal menerusi lagu "Bulan Cinta" yang pernah bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-11 pada 1996.[2] Ahli kumpulan ini terdiri daripada Linda, Izzu, Rina dan Mimi. Pada tahun 2020, Eva merupakan salah satu daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh.[3][4]